KUALA LUMPUR: Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80 peratus gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.
Katanya, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.
"Persidangan tersebut adalah bersifat 'one-off' dan tidak menjejaskan rundingan serta ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).
"Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari AS," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 40 negara yang dijemput ke persidangan tersebut dan susulan itu timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjelaskan dasar semasa industri plastik kitar semula adalah dibenarkan mengikut ketetapan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri itu.
Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengawal selia dengan pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai penguat kuasa memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena sisa plastik import tersebut ke negara asal menggunakan peruntukan perenggan 31(1)(g) Akta 127 (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974).
"Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport manakala 143 kontena bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi dalam tindakan JAS untuk proses penghantaran balik," katanya.
Bagi penguatkuasaan kilang haram kitar semula sisa plastik, sehingga kini, jumlah denda bagi kes mahkamah bagi kesalahan itu yang telah selesai mencecah RM1.24 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
TUAN IBRAHIM: Persidangan tersebut adalah bersifat 'one-off' dan tidak menjejaskan rundingan serta ketetapan di bawah UNFCCC. - Gambar fail
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Misteri kematian lebih 3,500 belut
Lebih 3,500 bangkai anak belut ditemui di sungai air tawar Kauritutahi di bahagian paling utara North Island.
WMO keluar amaran merah mengenai petunjuk perubahan iklim
Ketua iklim PBB mengeluarkan amaran peringkat merah apabila data baru menunjukkan bahawa rekod bagi setiap petunjuk iklim telah dipecahkan.
Hampir separuh hutan Amazon terdedah kepada bahaya kepupusan menjelang 2050 - Kajian
Kira-kira separuh daripada sistem hutan Amazon berada dalam bahaya kepupusan menjelang 2050 ekoran pendedahan tinggi kepada tekanan suhu panas, kemarau yang melampau, penebangan hutan dan kebakaran.
Lebih 3 juta tan karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi
Jumlah penyerapan karbon yang dicapai adalah sebanyak 45,195.22 tan karbon dioksida (CO2) bersamaan penanaman 76,889,807 juta batang pokok.